--> Skip to main content

(Video) Polis Buru Pemandu Gila Masuk Lorong Motosikal


Kenapa wujud manusia yang perangai kurang ajar macam ni? Semalam viral satu video yang menunjukkan sebuah kenderaan Volvo yang memandu dalam keadaan laju di dalam lorong bermotosikal yang dipercayai berlaku di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya.

Nampaknya, kereta mahal tak semestinya pemilik berakal. Perbuatan ini ternyata boleh membahayakan penunggang motosikal yang menggunakan lorong berkenaan.

Video yang dirakam seorang penunggang motosikal itu dilihat mengejar pemandu Volvo terbabit dari belakang. Semua penunggang motosikal kemudian telah mengepung kenderaan terbabit dari hadapan untuk memaksa kenderaan terbabit beredar.


Keadaan ini tidak berakhir begitu sahaja apabila pihak polis telah mengesahkan untuk memburu pemandu Volvo berkenaan yang mendapati kenderaan terbabit telah didaftarkan atas nama sebuah syarikat, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Siasan akan dilakukan mengikut Seksyen 79 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika didapati bersalah, tindakan lanjut boleh dikenakan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang geram dengan sikap pemandu seperti ini di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...