--> Skip to main content

(Video) Mati Itu Benar! Syurga Neraka Itu Benar! - KP Johor Datuk Ayob Baca Talkin Ingatkan Anggotanya


Nampaknya nama Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sekali lagi telah menarik perhatian rakyat Malaysia yang sebelum ini cukup lantang membenteras kegiatan penyeludupan PATI.

Terbaru, tersebar satu video yang menunjukkan Datuk Ayob membacakan talkin kepada pegawai-pegawainya sebagai peringatan.

Video ini dipercayai dirakam semasa perhimpunan bulanan PDRM Kontinjen Johor Julai ini yang turut mengingatkan anak buahnya supaya tidak sekali-kali berkomplot dengan penjenayah dan perlu menjauhi rasuah.

Bagi pegawai dan anggota polis Johor yang beragama Islam, saya ingin mengingatkan, mati adalah benar, soalan Munkar dan Nakir adalah benar, bangun daripada kubur dan dihidupkan semula adalah benar.

Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira amalan kita adalah benar. Minum di kolam air Nabi Muhammad adalah benar. Syurga dan neraka adalah benar.

Jadi berfikirlah dan ingat pesanan ini sekiranya tuan-tuan ingin mengambil rasuah atau bersekongkol dengan elemen-elemen pembelot.
- Tegas beliau.


+ Baca respon pembaca yang terkesan dengan ingatan KP Johor di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Tarikh Artikel: 15 July 2020
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...