--> Skip to main content

Lim Guan Eng Sah Ditahan SPRM Malam Tadi Berikutan Kes Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang


Sebentar tadi politik Malaysia dikejutkan lagi dengan penahanan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng oleh pihak SPRM yang sebelum ini telah hadir ke ibu pejabat untuk memberikan keterangan.

Bagaimanapun, Guan Eng terus ditahan untuk dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta pada hari ini 7 Ogos 2020 berikutan kes melibatkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Berita ini turut disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang menjawab ringkas "Sudah tahan" kepada pemberita Berita Harian ketika ditanya melalui aplikasi WhatsApp.

Untuk pengetahuan korang, pada 6 Ogos 2020 jam 9 pagi Guan Eng telah didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM di mahkamah sama. Guan Eng turut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 Ogos 2020 ini.

Seksyen 16 (a) (A) dan Seksyen 23 Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes ini di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...