--> Skip to main content

Suami Orang & Isteri Orang Dicekup JAIK Tinggal Serumah


Malam tadi, pasangan kekasih ditahan JAIK di sebuah kondominium di Jalan Langgar. Wanita yang ditahan tu merupakan isteri orang dan pasangannya pula berstatus suami orang. Menerusi petikan Berita Harian, pasangan itu didapati telah tinggal bersama di kondominium tersebut selama empat hari.

Wanita itu berusia 32 tahun yang bekerja di syarikat swasta dan pasangannya berusia 39 tahun yang bekerja di syarikat pengiklanan ditahan dalam pemeriksaan 11.40 malam semalam kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama islam Kedah (JAIK) iaitu Syeikh Radzi Abdul Mutalib.

Kedua-dua mereka mengaku sudah berkahwin ketika pemeriksaan dilakukan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana berkhalwat dan boleh didenda tidak lebih dari RM3,000 jika disait kesalahan atau dua tahun perjara atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pasangan kekasih ditahan JAIK di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...