--> Skip to main content

NGO tidak puas hati, gesa Ambika didakwa dengan pertuduhan baru

Keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan majikan yang dituduh membunuh pembantu rumah warga Indonesia dua tahun lalu, mengundang ketidakpuasan hati pihak yang terlibat. 

NGO Tenaganita menggesa Jabatan Peguam Negara memfailkan pertuduhan baru terhadap Ambika MA Shan.

Menurut NGO itu, pihak pendakwaan mempunyai tempoh 10 hari untuk mendakwa Ambika dengan tuduhan lain. 

"Adelina Lisao dianiaya dengan kejam dan parah sehinggam ati. Dia ditemui dengan kecederaan parah di kepala, muka, luka di tangan dan kaki. 

"Satu-satunya cara yang berkesan untuk menghapuskan penderaan dan eksploitasi serius terhadap mana-mana individu adalah pelaku didakwa dan dipenjara untuk jangka masa panjang," kata Tenaganita.

Semalam, barisan tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Yaacob Md Sam berkata, tiada kesilapan dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Akhtar Tahir, membebaskan Ambika mengikut Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah. 

Sumber: MalaysiaKini

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : thereporter.my
Comment Policy: Kami Terengganu 11 tidak bertanggungjawab terhadap komentar/pandangan yang diutarakan melalui laman sosial/weblog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Buka Komen
Tutup Komen
Loading...