Usahawan berminat beli Terengganu FC

 


Kuala Terengganu: Kekalahan Terengganu ditangan Johor DT malam tadi tercetus luahan kecewa YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, keatas tajuk media rasmi kerajaan negeri iaitu TRDI.my.

Namun mungkin selepas teguran dibuat oleh YB, tajuk artikel dari "Apa sudah jadi Terengganu FC?" ditukar kepada "Terengganu lepaskan peluang tamatkan penantian 20 tahun".

Bukan tentang itu yang menarik perhatian, tetapi diruangan komen usahawan atau boleh dikatakan jutawan yang berasal dari Terengganu menyatakan minat untuk membeli Terengganu FC.


Semua mungkin mengenali usahawan terbabit yang mempunyai perniagaan gelanggang futsal dan pemilik produk minuman MyCoklat serta mungkin perniagaan-perniagaan lain lagi, yang selama ini dipromosikan oleh Jordan Mintah dan pemain-pemain Terengganu FC II yang lain.

Mengikut sumber yang kami perolehi juga, penerbangan terus skuad Terengganu dari Kuala Terengganu ke Johor Bharu juga sebahagian dari tajaan beliau, jika tidak skuad Terengganu akan ditransitkan, di Kuala Lumpur sebagaimana kita sudah maklum, tiada penerbangan awam terus dari Kuala Terengganu ke Johor Bharu.

Harap perkembangan ini berita baik buat pasukan Terengganu FC, dimana penswastaan penuh akan menjadi kenyaataan.

Maklum balas dari YB juga menyatakan supaya usahawan terbabit terus berhubung dengan pihak Terengganu FC untuk menilainya.