45 Penyokong Sesat Di Jempol Terima Pas Percuma

Foto: TerengganuTimes
Kuala Terengganu: Seramai 45 orang penyokong T-Team yang menaiki bas sesat hingga ke Jempol Negeri Sembilan menerima pass masuk separuh akhir daripada pengurusan T-Team di atas semangat sokongan padu yang diberikan kepada T-Team selama ini.

Sumbangan tiket disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Sharizam Mohd Zin dalam satu majlis di pejabat T-Team hari ini.

Rombongan Penyokong Sesat Ke Jempol yang diketuai oleh Pok Ripin menggemparkan seluruh penyokong T-Team selepas bas yang mereka naiki
telah terlajak hingga ke Jempol Negeri Sembilan akibat pemandu bas tersebut tidak kenal jalan ke Stadium Tun Abdul Razak di Jengka Pahang.

Kejadian berkenaan mengakibatkan hasrat 45 penyokong Titans menonton aksi suku akhir Piala Malaysia antara Felda United dan T-Team hancur berkecai namun tetap berbangga T-Team mara ke separuh akhir.

Sementara itu bagi wakil Rombongan Penyokong Sesat Ke Jempol Arifin Mat Ali 54 tahun melahirkan perasaan gembira dan terharu dengan penghargaan yang diterima daripada pengurusan T-Team ini.

Beliau yang berasal dari Wakaf Dua Bukit Payong Marang mengucapkan terima kasih pemberian pass masuk ini dan berkeyakinan tinggi T-Team mampu melangkah ke final Piala Malaysia tahun ini.

‘Saya mengucapkan berbanyak -banyak terima kasih lah kerana bagi penghargaan kepada kami yang tersesat sampai ke Jempol untuk menyaksikan pelawanan di jengka baru-baru ini’.
‘Syukurlah T-Team boleh menang dan saya meramalkan T-Team 1 Selangor 0 Sabtu ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah’ katanya kepada pemberita. – TT