Dollah Salleh Juga Dalam Radar Pasukan Terengganu


Kuala Berang: Dollah Salleh kini berada dalam senarai penilaian Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk mengendalikan skuad Penyu musim depan.

EXCO Belia & Sukan dan Sumber Manusia Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, Dollah yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan itu berada dalam radar persatuan selepas turut mengintai bekas ketua jurulatih FELDA United Irfan Bakti.

Menurutnya, PBSNT juga sudah mengadakan perbincangan awal dengan Dollah dan Irfan tetapi enggan mendedahkan bila dan lokasi pertemuan itu.

Menurutnya, kedua-dua jurulatih berkenaan juga sudah mengemukakan syarat termasuk soal pemilihan pemain untuk menyarung jersi skuad Penyu musim depan.

"Kita akan serahkan syarat dikemukakan Dollah dan Irfan kepada pemangku Presiden PBSNT yang juga Menteri Besar Terengganu (Ahmad Razif Abd Rahman)," katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan stadium mini di Kampung Kuala Ping di sini, hari ini - HM