Menteri Besar Terima Kunjungan Irfan Bakti Abu Salim

Posted on Tuesday, October 18, 2016 | 10/18/2016



Kuala Terengganu: Kunjungan bekas jurulatih pasukan Felda United, Irfan Bakti Abu Salim ke Pejabat Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, hari ini, kian mengesahkan kedudukannya selaku jurulatih pasukan penyu yang baru untuk saingan musim depan.

Irfan yang tiba di Kuala Terengganu sejak malam tadi akan meneruskan perundingan dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu sebelum menandatangani kontrak untuk membimbing Terengganu.

Beliau pernah membimbing skuad Terengganu selama tiga musim mulai 2009.

Sepanjang khidmat beliau, Terengganu muncul naib juara Liga Super dan menjuarai piala FA dan naib juara Piala Malaysia pada 2011. - TK


Blog, Updated at: 10/18/2016

0 comments: