SSN Terengganu B17 Juara Liga Kementerian Pendidikan Malaysia (LKPM) 2016


Johor: SSN Terengganu (SMK Bukit Nenas) muncul juara Liga Kementerian Pendidikan Malaysia (LKPM) Bawah 17 Tahun selepas menewaskan SSM Tunku Mahkota Ismail bawah 16 tahun.

Perlawanan berkesudahan SSM Tunku Mahkota Ismail (B16) 2 - 4 SSN Terengganu.

Dua gol pada masa tambahan telah membawa kemenangan kepada SSN Terengganu sekali gus menjadikan mereka sebagai juara #LKPMB17. Gol-gol SSN Terengganu dijaringkan oleh Muhammad Syafik,Muhammad Afif Sufyan dan Muhammad Hairiey Hakim.