Tiket Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia Mula Dijual 15 Oktober 2016


MAKLUMAN TIKET JUALAN TM PIALA MALAYSIA 2016

Berikut adalah maklumat kepada penyokong-penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2016 diantara pasukan T-Team FC menentang Selangor FA di stadium.

1. Bagi perlawanan Sabtu ini, Tiket perlawanan yang dikeluarkan adalah sebanyak 10,000 Keping Tiket ( 200 berbumbung & 400 Tiket Kanak-kanak )

2. Bagi penyokong Selangor, 1000 keping tiket akan dibekalkan dan urusan bersama FAS.

3. Tiket Perlawanan akan mula dijual pada hari Sabtu iaitu hari perlawanan ( 15 Oktober 2016 ), Jam 10.00 Pagi.

4. Kesemua Kaunter tiket akan dibuka ( 8 Kaunter )

5. Had pembelian tiket bagi seorang pembeli adalah sebanyak 5 keping sahaja.

6. Pintu Stadium akan dibuka bermula jam 6.30 Petang atas persetujuan dari pihak keselamatan polis dan stadium

7. Kesemua pintu masuk stadium akan dibuka ( Pintu masuk C Hanya dikhaskan untuk kemasukan penyokong pasukan Pelawat sahaja )