Dua Pemain Import Baru Bahagian Serangan Akan Diuji

Posted on Friday, May 26, 2017 | 5/26/2017



Kuala Terengganu: Selepas mengesahkan penyerang kelahiran Argentina, Federico Falcone, antara yang akan digugurkan dan menurut ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim yang belum mendedahkan seorang lagi ‘mangsa’ selepas aksi bertemu UiTM FC, kelmarin seperti yang dikatakan.

Sorotan perlawanan kelmarin dibawah.



“Kami akan menilai dua pemain baru yang beraksi di bahagian serangan.

“Beberapa perlawanan persahabatan akan dirancang untuk membentuk keserasian mereka bersama pasukan ini,” ujarnya.

Selain Falcone, 27, tiga lagi pemain import Terengganu ialah Lutfulla Turaev, 29, Issey Farran Nakajima, 33, dan pemain pertahanan dari Brazil, Lazaro Vinicious, 27.

Liga Malaysia akan berehat sebulan di bulan Ramadhan ini, tarikh tutup pendaftaran perpindahan kedua pemain akan berakhir pada 11 jun.
Blog, Updated at: 5/26/2017