Terengganu Berdepan Laluan Sukar Pada Kempen TM Piala Malaysia 2017

Kedudukan 16 pasukan mengikut kumpulan setelah proses undian TM Piala Malaysia 2017 semalam.

Kuala Terengganu: Keputusan undian TM Piala Malaysia 2017 menyaksikan Terengganu di undi bersama gergasi selatan tanah air Johor Darul Ta'zim, Juara 33 kali Piala Malaysia iaitu Selangor dan Sarawak yang kini kian rancak mendaftarkan pemain import baru.

Sementara itu, T-Team yang tewas separuh akhir musim lalu, diundi bersama-sama Pahang juara edisi 1983, 1992, 2013, 2014, Negeri Sembilan dan pendatang baharu, PKNP FC, dalam Kumpulan A.

Kedah Juara bertahan yang bakal diterajui pengendali baharu, Nidzam Adzha Yusoff,hampir pasti turun dengan niat memastikan Piala Malaysia kekal di Alor Setar selepas menewaskan Selangor di Shah Alam, Oktober tahun lalu.

Selangor finalis yang tewas menerusi penentuan sepakan penalti tahun lalu, pastinya bertekad melupakan kekecewaan lalu, namun perlu berdepan JDT yang ketika ini sedang mendahului saingan Liga Super.

Perak pula mengisi Kumpulan B bersama-sama Felda United, PKNS FC dan Kuala Lumpur.