(VIDEO) Gol Pemain Gantian Cetus Impak Raih Kemenangan

Posted on Thursday, August 17, 2017 | 8/17/2017



MALAYSIA melakukan kebangkitan dramatik menumpaskan Singapura 2-1 dalam saingan kumpulan A bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Namun, kemenangan tersebut dibayangi aksi kurang memberangsangkan pada babak pertama apabila kerap melakukan kesilapan hantaran dan sering hilang bola sekaligus memudahkan pihak lawan mematahkan serangan.


Klik untuk play video dibawah ini


Separuh masa pertama tidak banyak peluang yang dicipta dan percubaan terbaik skuad negara hanya hadir pada minit ke -15 melalui sepakan akrobatik Muhammad Syahmi Safari namun percubaanya hanya melewati palang gol.

Singapura menghukum persembahan buruk Malaysia melalui rembatan dari luar kotak penalti Muhammad Amiruldin Muhammad Nodin pada minit ke-37 untuk gol pertama pasukan kendalian Richard Francis Emily Tardy.

Bersambung babak kedua,pengendali skuad negara Datuk Ong Kim Swee melakukan pertukaran membawa masuk Muhammad Nor Azam Abdul Azih menggantikan Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik dan N Thanabalan menggantikan Muhammad Syahmi Safari.

Nyata tindakan Kim Swee itu memberikan sengat di bahagian tengah dan Malaysia hampir menyamakan kedudukan pada minit ke -62 melalui rembatan Kumaahran,namun percubaannya sedikit tersasar.

Usaha berterusan akhirnya berhasil apabila pemain gantian Muhammad Nor Azam bijak menyudahkan hantaran Muhammad Safawi Rasid pada minit ke -68 untuk gol penyamaan ditunggu-tunggu hampir 60,000 penyokong yang hadir.

Skuad kendalian Kim Swee tidak menunggu lama untuk menggandakan jaringan dengan N Thanabalan menjadi wira melalui gol kemenangan pada minit ke-73 memanfaatkan keadaan kucar kacir di hadapan gawang lawan.

Keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Malaysia berkongsi kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan A dengan Myanmar yang mengumpul enam mata.
Blog, Updated at: 8/17/2017
Loading...