(VIDEO) Malaysia Sekadar Seri Dengan Hong Kong Aksi Kelayakan Piala Asia 2019


MALAYSIA boleh menang dalam aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong apabila pasukan itju menguasai permainan dan mencipta banyak peluang tetapi penyudah yang lemah dan kesilapan oleh pemain menafikan kemenangan, kata ketua Jurulatih Malaysia Nelo Vingada.

Jurulatih kelahiran Portugal itulah nasib malang yang perlu diterima oleh Harimau Malaya apabila banyak melakukan percubaan di depan gawang tetapi tidak menghasilkan gol, bagaimanapun beliau berpuas hati dengan peningkatan pasukan itu malam tadi.

Klik untuk play video dibawah ini


"Penyudah dan kesilapan yang dilakukan mengecewakan kita tetapi malam ini kita mencipta banyak peluang dan menguasai permainan. Ia banyak menunjukkan peningkatan dan saya benar-benar percaya kita sepatutnjhya menang malam ini," kata beliau pada sidang media malam ini.

Malaysia seri 1-1 dengan Hong Kong dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat di Klebang di sini, malam tadi.

Vingada berkata, sebagai persediaan untuk perlawanan menentang Korea Utara, beliau akan memberi tumpuan untuk meningkatkan mentaliti pemain kerana ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar di venue lawan di Pyongyang pada 5 Oktober.

Dalam menyediakan pasukan untuk perlawanan seterusnya, beliau dan pasukannya akan menilai dan menurunkan pemain-pemain muda terutama skuad bawah 22 Tahun Sukan SEA.

Ketika ditanya mengenai langkah Hong Kong menurunkan tujuh pemain naturalisasi dalam pasukan mereka malam ini,  Vingada berkata terpulang kepada pasukan untuk membariskan pemain mengikut peraturan FIFA.

"Jika ia mematuhi peraturan itu, biarkan lah tetapi bagi kita di Malaysia kita tetap menurunkan pemain yang mempunyai warisan Malaysia, kita mahu membangunkan pemain-pemain Malaysia," kata beliau. - Bernama