Penyudah Terengganu FC Kurang Menyengat

Posted on Thursday, June 07, 2018 | 6/07/2018



KURANG melakukan percubaan ke arah gawang lawan antara penyebab kegagalan Terengganu FC meraih sebarang mata pada aksi Liga Super berdepan PKNP di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.

Pengendalinya, Irfan Bakti Abdul Salim berkata, kesebelasan anak didiknya itu hanya berjaya melakukan empat percubaan ke gawang lawan dan hanya dua percubaan yang benar-benar tepat ke sasaran.

“Macam mana nak menang kalau kurang shot (percubaan) ke gol? Walaupun main cantik, tetapi finishing (penyudah) tak ada.

“Kami ada empat sahaja peluang, dua off target, satu on target dan hanya satu berjaya disempurnakan,” katanya pada sidang media sejurus tamat perlawanan, kelmarin.

Dalam pada itu, Irfan Bakti menyifatkan kesebelasan anak didiknya mungkin keletihan disebabkan  perlu menempuh jarak perjalanan jauh mengharungi perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan tidak boleh dijadikan alasan kerana secara keseluruhannya, skuad Penyu itu tewas dengan hantaran jauh (long ball situation) diamalkan PKNP.

“Selain itu, saya juga kecewa dengan pemain lawan terutamanya dengan taktikal membuang masa sehingga mengganggu permainan,” katanya lagi. - Sinar Harian
Blog, Updated at: 6/07/2018

0 comments: