Terengganu FC II Ke Final Challenge Cup 2018!


Kuala Terengganu: Pasukan Terengganu FC II membenam ATM FA 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah sebentar tadi, dengan agregat 5-0 bagi melayakkan mereka ke perlawanan akhir Piala Cabaran.

Gol pertama TFC 2 hadir pada minit ke 15 perlawanan yang dijaringkan oleh Andrew apabila bijak menggunakan kelebihan saiz dirinya melepasi 2 pemain sebelum menolak masuk bola yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol ATM.

Akanni Sunday melengkapkan jaringannya pada minit ke 27 dengan rembatan kencang dan gol keduanya dalam perlawanan ini pada penghujung babak kedua melalui sepakan penalti.



Jurulatih sementara TFC 2 Tengku Hazman walaubagaimana pun kurang berpuas hati dengan deretan peluang yang banyak dipersiakan dan tetap bersyukur pasukan bimbingannya layak ke perlawanan akhir.

Mengulas lanjut mengenai pemain importnya, Tengku Hazman memuji Andrew yang berkebolehan bermain di bahagian serangan dan pertahanan, perkembangan lain dua orang lagi pemain importnya Bruno Suzuki dan Sebastien Thuriere, beliau berkata berharap dua pemain tersebut dapat bermain pada perlawanan akhir nanti.

Untuk rekod pasukan Terengganu FC II yang tersingkir dari Liga Perdana musim depan berjaya ke perlawanan akhir Piala Cabaran selepas bangkit daripada kegagalan mereka di Liga Perdana.

Terengganu FC II akan bertemu dengan UKM FC pada perlawanan akhir yang kemungkinan diadakan secara timbal balik, UKM FC menewaskan JDT 2 di gelanggang lawan 0-1 sebentar tadi.