Faiz Nasir Hampir Pasti Ke Melaka United

Posted on Friday, November 16, 2018 | 11/16/2018



MELAKA: Pemain tengah Terengganu FC (TFC), Mohd Faiz Mohd Nasir hampir pasti menyarung jersi skuad Melaka United (MU) bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Ketua jurulatih MU, Zainal Abdin Hassan berkata, dia sudah berbincang dengan pemain licik itu mengenai kehadirannya ke bumi Hang Tuah.

Setakat ini, katanya, perbincangan yang berlangsung positif dan pengesahan terakhir hanya akan diketahui lewat minggu depan.

"Jika tiada halangan, pemain itu akan menyarung jersi skuad MU, sekali gus memperkuat barisan tengah pasukan.

"Selain Faiz, beberapa nama lain turut dalam senarai akhir dan ia akan dimuktamad dalam tempoh terdekat. Apa yang penting, senarai terbabit akan dapat diputuskan menjelang sesi latihan pertama yang akan bermula awal Disember ini," katanya.

Sebelum ini, berita mengenai arkitek skuad Sang Penyu itu menjadi perbualan dalam kalangan pemina sebelum Zainal menandatangani kontrak membimbing MU.

Apa yang pasti, kelibat pemain berusia 26 tahun yang digelar 'Messi Ganu' itu mencetus impak terhadap persembahan TFC terutama pada aksi final Piala Malaysia ketika berdepan Perak, baru-baru ini.

Justeru, kehadiran Faiz membarisi skuad Hang Tuah bakal merubah corak barisan tengah pasukan itu di bawah kendalian Zainal. - Berita Harian
Blog, Updated at: 11/16/2018

0 comments:

Loading...