Ong Kim Swee Panggil Tiga Orang Pemain B-21 Terengganu FC


Berikut senarai nama 30 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak B-21 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadiri kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 29 November hingga 9 Disember 2018.

Ia sebagai persiapan untuk menghadapi Kejuaraan Piala Newspaper B-21 2018 di Nah Trang City, Vietnam yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 19 Disember 2018.



Selepas hampir sepuluh (10) hari di kem latihan pusat, hanya dua puluh (20) pemain akan dipilih ke Nah Trang City bagi menghadapi Kejuaraan Piala Newspaper B-21 2018. Mereka akan berlepas ke Vietnam pada 10 Disember dan kembali ke tanah air pada 19 Disember 2018.

Kali terakhir Malaysia bertanding di dalam Piala Newspaper adalah pada tahun 2014. Malaysia juga berjaya menjulang piala kejuaraan tersebut pada tahun 2012, ketika itu di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. - FAM