Pemain Naik Pangkat, Sirih Pulang Ke Gagang

Posted on Thursday, November 15, 2018 | 11/15/2018



Naib juara Piala Malaysia, Terengganu FC (TFC), sedang mengadakan rundingan dengan pemain tengah PJ Rangers, Muhd Azalinullah Alias, untuk menyertai Sang Penyu, musim depan.

Perkara itu didedahkan menerusi akaun Twitter rasmi TFC yang mengesahkan usaha kini dilakukan untuk membawa perancang tengah itu ke dalam skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim.


Sambil menyifatkan gaya permainannya mirip tonggak import T-Team, Makan Konate, kelibat pemain muda itu berjaya mencuri perhatian barisan kejurulatihan TFC.

"Nama Azalinullah antara yang berada dalam senarai untuk melengkapkan pemain TFC musim 2019.

"Terkenal dengan corak permainan ala futsal, Azalinullah ialah prospek masa depan terbaik Terengganu," kata kenyataan itu.

Mula menyinar bersama pasukan Piala Presiden T-Team, pemain yang dikenali sebagai Azali itu membantu T-Team muncul naib juara di bawah kendalian Nafuzi Zain pada 2016.

Azali, 22, kemudian mendapat kepercayaan pengendali, Rahmad Darmawan, ke skuad utama Liga Super sebelum The Titans dibubarkan dan dia berhijrah ke PJ Rangers.

Penarikan diri PJ Rangers daripada kancah Liga FAM seperti membuka laluan buat pemain lincah itu kembali menghidupkan kariernya, mungkin di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Seorang lagi pemain pertahanan tengah Terengganu FC II yang bergandingan dengan Hasbullah Awang iaitu Muhammad Kemungkinan naik pangkat ke pasukan Terengganu FC.


Blog, Updated at: 11/15/2018

0 comments:

Loading...