Irfan Bakti Terus Berahsia Calon Import Dari Asia Tengah

Posted on Sunday, December 23, 2018 | 12/23/2018



Skuad Terengganu FC (TFC) menjadikan bandar Ho Chi Minh, Vietnam, sebagai medan pemanas badan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula Februari ini.

Menurut pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim, TFC akan berada di bandaraya itu dari 13 hingga 18 Januari ini dengan mengaturkan tiga perlawanan menentang kelab liga Vietnam (V League 1).

Aksi persahabatan tersebut menjadi peluang menguji keserasian pemain dengan membawa skuad terbaik termasuk muka-muka baru TFC.

"Kami akan bertemu juara National Cup Vietnam, Binh Duong FC, Ho Chi Minh FC serta satu lagi kelab tempatan, Troung Giang FC," katanya.

Sementara itu Irfan masih berahsia kelibat awang import kelima yang akan mengisi kuota Asia dengan kehadirannya dijangka selesai hujung bulan ini atau awal bulan depan.

"Saya sudah mengenal pasti pemain itu dan merancang mengumumkannya pertengahan bulan ini, namun pemain berkenaan masih terikat dengan kontrak bersama kelab lamanya," tambahnya. - Arena
Blog, Updated at: 12/23/2018

0 comments: