Adakah United Mampu Musnahkan Impian Liverpool?


Manchester United mungkin boleh menjadi penghalang kemajuan pasukan Liverpool dalam mengejar gelaran Juara Liga Perdana Inggeris apabila mereka dijadualkan bertemu pada Ahad ini di Old Trafford.

Ini kerana, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer sedang dalam rentak terbaik mereka dan mampu menjadi mimpi ngeri buat Liverpool.

Sekarang, Manchester City mendahului menerusi perbezaan gol berbanding skuad kendalian Juergen Klopp dengan masing-masing mengumpul 65 mata – 14 mata di depan United yang menduduki tangga keempat.

United masih perlu menentang City sekali lagi dalam kempen namun agak mengejutkan, peminat mereka lebih suka kelab itu memusnahkan impian Liverpool.

Liverpool tidak pernah meraih gelaran liga sejak 1990 manakala United sudah menang 13 kali dalam tempoh berkenaan dan penyokong mereka mahu mengingatkan apa yang terjadi kepada pasukan lawan dari barat laut itu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media