‘Aku ada banyak peruntukan untuk Semenyih, tapi kena tunggu PRK dulu’ – Zuraida

HULU LANGAT – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai banyak peruntukan untuk diumumkan tetapi bukan dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, dalam tempoh sembilan bulan lalu sehingga sekarang, banyak pengumuman berkenaan telah dibuat olehnya.

“Kita tak main umum masa PRK. Sepanjang sembilan bulan lepas sampai sekarang, saya umum saja.

“Aku pun banyak peruntukan ada, tapi tak kan aku nak cakap, kang korang kata aku kasi untuk pilihan raya pulak. Jadi, aku tangguh dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sewaktu menghadiri demonstrasi membuat kek brownies di Pusat Komuniti Kampung Baru Cina di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali. – UTUSAN ONLINE



Sumber: cempedakcheese.com