Baca Al-Quran Ketika Ziarah Kubur

Posted on Thursday, February 28, 2019 | 2/28/2019



Soalan:
Apakah dibolehkan bagi seorang yang ziarah akan kubur membaca Quran sebelum berdoa? Adakah sampai menafaat bacaan tersebut kepada si mati?

Jawapan:
Berikut dikutip perkataan ulama' dari empat mazhab untuk bagi jawapan persoalan di atas.

1. Berkata Imam Al-Qurtubi Al-Maliki :

باب ما جاء في قراءة القرءان عند القبر حالة الدَّفْنِ وَبَعْدَهُ وَأَنَّهُ يَصِلُ لِلْمَيِّتِ ثَوَابَ مَا يَقْرَأُ وَيُدْعَى وَيُسْتَغْفَرُ لَهُ وَيُتَصَدَّقُ عَلَيْهِ. من كتاب التذكرة في أحوال الموتى وأمور الآخرة
Bab Membaca Quran Disisi Kubur Ketika Tanam Dan Selepas Tanam: “Bahawasanya sampai kepada mayat pahala apa yang dibaca dan didoakan dan diistighfarkan baginya dan disedekahkan atasnya.” (Kitab Tazkirah Al-Qurtubi)

2. Berkata Imam Zaila’ie Al-Hanafi :

الأصل في هذا الباب أن الإنسان له أن يجعل ثواب عمله لغيره عند أهل السنة والجماعة صلاةً كان أو صوماً أو حجاً أو صدقة أو تلاوة قرآن أو الأذكار أو غير ذلك من جميع أنواع البِرِّ، ويَصِلُ ذلك إلى الميِّتِ وَيَنْفَعُهُ. من تبيين الحقائق شرح كنـز الدقائق
“Bermula asalnya pada bab ini sungguhnya manusia harus baginya menjadikan pahala amalannya kepada orang yang lain disisi Ahlu Sunnah wal Jamaah seperti solat atau puasa atau haji atau sedekah atau bacaan Quran atau zikir dan lain dari yang demikian itu dan pelbagai amal kebajikan. Dan sampai yang demikian itu kepada mayat dan memberi menafaat kepadanya.” (Kitab Tabyin Al-Haqaiq Syarah Kanzul Daqaiq)

3. Berkata Imam Muhammad bin Ahmad Al-Marwazhuzi Al-Hanbali :

سـمعت أحمدَ بنَ حنبل يقول : "إذا دَخَلْتُمْ المقَابِر فَاقْرَءُوا ءَايَةَ الْكُرْسِيّ وَقُلْ هُوَ الله أَحَد ثَلاَثَ مَرَّات ، ثم قولوا : اللَّهُمّ اجْعَلْ فَضْلَهُ لأَهْلِ المقَابِرِ" [كتاب
المقصد الأرشد ( 2 / 339-338 )]
Aku telah dengar Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Apabila masuk kamu ke tanah perkuburan maka bacalah ayat Kursi dan Qul huwallahu ahad 13 kali kemudian berkata: Ya Allah jadikanlah kelebihannya kepada penghuni kubur ini.” (Kitab Al-Maqsadul Arsyad)

4. Berkata Imam Nawawi As-Syafie :

واستَحَبَّ العُلَمَاءُ قِرَاءَةَ القُرْءَانِ عِنْدَ القَبرِ لِهَذَا الحَدِيثِ ، لأَنَّهُ إِذَا كَانَ يُرْجَى التَّخْفِيفُ بِتَسْبِيحِ الجَرِيدِ فَتِلاَوَةُ القُرْءَانِ أَوْلى"
[شرح صحيح مسلم ص (3 / 202) ]
“Ulama' mengelokkan membaca al-Quran disisi kubur kerana hadith ini (hadith pelepah kurma) dari kerana sungguhnya apabila diharapkan keringanan azab dengan sebab tasbih pelepah kurma maka bacaan al-Quran adalah lebih utama.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)

Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/28/2019

0 comments: