Dua beranak kritikal akibat lemas tertidur di dalam kereta

Posted on Wednesday, February 20, 2019 | 2/20/2019


KEMAMAN – Dua beranak kritikal disyaki lemas ketika sedang tidur di dalam kereta, dalam kejadian di sebuah tempat letak kenderaan di Hospital Kemaman, di sini hari ini.

Mohd. Amiroshelmi Jusoh, 30, dan anak lelakinya, Putera Rafiudin, 6, ditemukan terbaring tidak sedarkan diri di dalam kereta Proton Gen 2 kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Difahamkan mangsa yang dari Kerteh ke hospital itu untuk melihat isteri dan anak bongsunya berusia tiga tahun yang telah dimasukkan ke wad sejak Isnin lalu akibat masalah kesihatan.

Rakan mangsa, Mohd. Hazmin Jusoh berkata, dia datang ke hospital untuk bertemu Mohd. Amiroshelmi bagi membincangkan hal berkaitan kerja ekoran mangsa tidak menjawab panggilan sejak pagi.

“Saya pelik sebab beberapa jam gagal untuk menghubunginya lalu saya ambil keputusan untuk pergi ke hospital.

“Saya nampak keretanya diletakkan di pintu pagar dan apabila mendekatinya, saya tengok dia (mangsa) dan anaknya terbaring tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hazmin, terkejut dengan keadaan itu dia kemudian bertindak memecahkan cermin kereta dan segera mengambil anak mangsa yang dalam keadaan pucat ke unit kecemasan sebelum memaklumkan kejadian sebenar kepada petugas hospital. – UTUSAN ONLINE



Sumber: cempedakcheese.com
Blog, Updated at: 2/20/2019

0 comments:

Loading...