Hoki: THT tewaskan TNB, mara ke final Piala TNB 2019

KUALA LUMPUR – Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengesahkan slot awal ke saingan akhir Piala TNB 2019 selepas menang 5-2 menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam aksi separuh akhir kedua untuk agregat 8-3 di Stadium Tun Razak, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut gol awal dijaringkan oleh pemain TNB, Mohamad Akhimullah Anuar Esook pada minit ke-10 hasil pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun penguasaan TNB tidak kekal lama apabila THT mempamerkan kebangkitan menerusi tiga gol daripada pakar pukulan sudut penalti mereka, Jang Jonghyun pada minit ke-14, ke-15 dan ke-32.

Pada minit ke-34, Faiz Helmi Jali menjaringkan satu lagi gol buat TNB menerusi jaringan padang sebelum Jang Jonghyun menambah gol keempat serta kelima THT pada minit ke-52 dan minit ke-53 hasil pukulan sudut penalti.

Dalam saingan akhir skuad THT dijadual menentang sama ada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) atau Maybank yang sedang beraksi dalam saingan separuh akhir kedua, hari ini.

Saingan akhir Piala TNB 2019 dijadual berlangsung pada Sabtu ini di Stadium Tun Razak. – UTUSAN ONLINE



Sumber: cempedakcheese.com