Hospital Pantai tawar biasiswa untuk bukan Melayu, beragama Kristian sahaja

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar sepanduk tawaran biasiswa daripada Hospital Pantai Sungai Petani bagi mengikuti pengajian peringkat diploma dalam jurusan kejururawatan.

Bagaimanapun, sepanduk berkenaan menerima kecaman terutamanya daripada netizen berikutan hospital berkenaan hanya memberi keutamaan kepada calon daripada kaum Cina, India, Siam serta mereka beragama Kristian sahaja.

“Keutamaan untuk orang Cina, India, Siam dan Kristian. Mana penjawatan untuk orang Melayu? Sejak bila agama Kristian dah jadi bangsa?” tulis pengguna Facebook, Sri Pramadhana Widya.

“Wow. Ini permohonan pendidikan, tetapi telah diskriminasi. Saya ingatkan berlaku ketika permohonan kerja sahaja,” tulis Syazwan Aziz.

Sementara Michelle Leda pula berkata, sudah tentu orang ramai akan memberi maklum balas berikutan kriteria yang dinyatakan di sepanduk itu ternyata salah.

“Sama ada anda tergolong dalam mana-mana kaum, selagi anda mampu, maka anda boleh mendapatkan biasiswa,” katanya.



Sumber: cempedakcheese.com