Keuntungan Bersih TM Malayisa Menunjukkan Penurunan Mendadak Sebanyak 83.52 Peratus

Posted on Thursday, February 28, 2019 | 2/28/2019



Mengikut laporan, Telekom Malaysia Bhd difahamkan telah mengalami penurunan keuntungan bersih bagi tahun 2018 iaitu sebanyak RM153.15 juta berbanding RM929.75 juta pada tahun 2017.

Selain itu, hasil yang diperoleh pihak TM juga menunjukkan penurunan daripda R 12.08 bilion kepada RM11.82 bilion sahaja.

Tapi, adakah tahun ini juga ia akan terus berlaku penurunan? Kerana kini TM telah mengubah harga penawaran mereka pada kadar yang lebih murah dan pastinya ramai pelanggan baharu yang akan melanggan.

Menurut TM, untung bersih TM mula menurun pada suku tahun ketiga disebabkan prestasi yang merosot. Pendapatan bagi suku tahun keempat juga turut menunjukkan prestasi yang sama. Selain itu, TM turut mengisytiharkan dividen tunai sebanyak dua sen sesaham yang dijangka diagihkam pada 12 April 2019.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/28/2019

0 comments: