Lelaki dihukum pancung kerana hina Nabi

Posted on Thursday, February 28, 2019 | 2/28/2019


RIYADH – Mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Lelaki yang namanya tidak didedahkan berusia 20-an itu juga dituduh mengoyakkan al-Quran, merakamkan perbuatannya dan menyebarkan video itu di media sosial, lapor akhbar Sharq.

“Lelaki itu dihukum penggal selepas didapati bersalah,” lapor akhbar itu.

Menurutnya, tiga panel hakim mengeluarkan perintah hukuman mati itu namun tidak menyatakan sama ada dia boleh mengemukakan rayuan. – Agensi



Sumber: cempedakcheese.com
Blog, Updated at: 2/28/2019

0 comments:

Loading...