Pakistan Menembak Jatuh Dua Jet Pejuang India


Nampaknya ketegangan di antara India dan Pakistan semakin menekan apabila tentera Pakistan dikatakan telah menembak jatuh dua jet pejuang  India.

Tembakan jatuh itu dilakukan selepas pesawat pejuang India itu telah menyeberangi ruang udara Pakistan di garisan genjatan senjata di Kashmir dan menggugurkan muatas selepas ketegangan tercetus.

"PAF menembak jatuh dua pesawat India dalam ruang udara Pakistan," kata Mejar Jeneral Asif Ghafoor di laman twitter.

Sebuah pesawat dilaporkan telah jatuh di dalam sempadan di Kashmir dan sebuah lagi di dalam sempadan Pakistan dan juruterbang dalam keadaan selamat dan dalam tahanan mereka.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.





Sumber: Oh! Media