Penduduk Kuantan Kembali Bimbang - Aktiviti Bauksit Dibenarkan?


Berikutan dengan keputusan pihak Kerajaan untuk membenarkan semula aktiviti bauksit di Kuantan, ia telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan kira-kira 400,000 penduduk di daerah tersebut.

Dilaporkan, bermula April nanti, jalan raya menuju Pelabuhan Kuantan dijangka akan kembali dipenuhi dengan lori-lori pengangkut bauksit.

Mengulas perkembangan itu, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang, Noor Jehan Abu Bakar berkata, standard prosedur operasi (SOP) yang mensyaratkan bijih bauksit bercampur tanah harus dicuci sebelum dieksport seperti ditetapkan kerajaan juga sewajarnya dinyatakan secara telus kepada penduduk daerah ini.

"Di mana (bijih bauksit) akan dicuci dan ke (sungai) mana air sisa cucian akan mengalir, ini semua mesti diberitahu kepada penduduk.

"Pada 2015 lalu, kita telah hadapi pelbagai jenis pencemaran dengan kekotoran yang merosakkan kawasan sekitar disebabkan debu tanah dari lori yang dipandu secara berbahaya.

"Ada pula beberapa kejadian kanak-kanak lemas di lombong bauksit. Masalah apa yang boleh diselesaikan melalui penamatan moratorium ini?" soal beliau.

Sumber: Kosmo

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media