Rakyat Malaysia hanya fikirkan kos sara hidup bukan politik – Anwar

KUALA LUMPUR – Sebahagian masyarakat kini tidak begitu mengambil berat tentang perihal politik yang berlaku di negara ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaliknya mereka lebih berminat untuk bercerita tentang kos sara hidup dan tadbir urus yang baik.

Tegas beliau, masyarakat malah lebih gemar jika ahli politik memberi tumpuan penuh kepada usaha mempertingkatkan ekonomi negara.

“Apabila saya berbual dengan masyarakat di bawah isunya tidak lain selain daripada kos sara hidup dan tadbir urus. Hanya beberapa orang sahaja yang ambil tahu tentang politik pada ketika mereka perlu mengikat perut.

“Lelaki dan perempuan lebih suka jika ahli politik memberi fokus kepada usaha memperbaiki ekonomi dan keadaan negara,” katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitter beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE



Sumber: cempedakcheese.com