Vespa Notte Edition Kini Masuk Pasaran Malaysia

Posted on Friday, February 22, 2019 | 2/22/2019



Pasti ramai antara kita yang masih meminati vespa walaupun dalam dunia permotoran kini, telah keluar pelbagai model dengan teknologi dan gaya terkini.

Namun, kini, NAZA Premire Sdn Bhd telah mengeluarkan Vespa Notte Edition bagi dua model sedia ada sebelum ini iaitu Vespa GTS Super 300 ABS dan Sprint 150 i-Get ABS.


Vespa Notte yang hadir serba hitam itu digandingkan bersama rona hitam kilat pada bahagian cermin termasuk kemasan seperti tali leher atau tie pembias udara hadapan, trim di penghujung bar handle, pemijak kaki boleh lipat, rim hitam kilat dan pelindung peredam bunyi.

Harga jualan bagi edisi Vespa Notte ini bermula dari RM17,700 hingga RM29,000 bagi model Notte Sprint 150 i-Get ABS dan Notte GTS Super 300 ABS.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 2/22/2019

0 comments: