7-Eleven Malaysia perkenal ‘Aiskleem’ Mocha

Jika anda penggemar aiskrim dan mocha, pasti ini merupakan perkhabaran gembira buat anda.

Baru-baru ini, kedai serbaneka 7-Eleven memperkenalkan ais krim berperisa mocha yang diberi nama ‘Aiskleem’ Mmmmocha.

Rupa-rupanya aiskrim tersebut sudah pun mula dijual pada 1 Mac 2019. Harga bagi satu kon aiskrim cuma RM2.50 sahaja dan boleh didapati di kedai-kedai 7-Eleven yang terpilih.

Tall, dark & sweet!

Tengok rupa aiskrim pun dah nampak sedap. Tunggu apa lagi, pergi dapatkan sekarang ‘Aiskleem’ Mocha anda sekarang.

Apa pun diharap aiskrim ini dapat dijual di seluruh cawangan 7-Eleven di Malaysia.



Sumber: cempedakcheese.com