‘Aku sayang kau Haziq’ – Rakan tidak sangka majlis perpisahan jadi pertemuan terakhir

Wisma Putra telah mengesahkan remaja Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang dilaporkan hilang sebelum ini meninggal dunia dalam insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Muhammad Haziq adalah anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor.

Ketika kejadian Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12, dan Muhammad Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu.

Aku sayang kau Haziq

Salah seorang sahabat Haziq di Malaysia bernama Hafizz Azizi juga turut berduka dengan pemergian sahabatnya itu.

Malah, sebelum arwah Haziq berangkat kembali ke New Zealand mereka sempat mengadakan majlis perpisahan bersama-sama.

Haziq pelajar yang bijak

Haziq yang bersekolah di Burnside High School merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya dan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan NCEA tahap 1.

Guru dan rakan sekolah hadiri majlis pengebumian Haziq

Menurut tenaga pengajar di sekolah itu menyifatkan Haziq sebagai seorang pelajar yang sangat baik dan amat menghormati guru serta rakan-rakan sekolahnya.

Pengetua sekolah yang dikenali sebagi Holstein berkata, kakitangan sekolah dan beberapa pelajar sekolah terdiri daripada rakan-rakan baik Haziq akan turut serta dalam majlis pengebumiannya sebagai tanda penghormatan terakhir.

Insiden serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand itu mengorbankan 50 individu serta mencederakan puluhan yang lain, termasuk tiga rakyat Malaysia, pada jam 1.40 tengah hari (waktu tempatan), Jumaat lalu.

Selain Mohd Tarmizi dari Alor Setar, Kedah, dua lagi rakyat Malaysia yang tercedera akibat serangan itu ialah Rahimi Ahmad, 39, dari Kampung Binja, Bayan Lepas di sini dan Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dari Shah Alam, Selangor.

Ketiga-tiga mereka kini menerima rawatan di Hospital Christchurch, New Zealand.



Sumber: cempedakcheese.com