Awi Rafael dan Atikah Suhaime tak jadi kahwin

Majlis perkahwinan selebriti Atikah Suhaime dan Awi Rafael yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini 17 Mac dibatalkan pada saat akhir.

Berita itu diumumkan sendiri oleh Atikah menerusi akaun Instagramnya.

Atikah berkata mereka bekerja keras untuk merealisasikan impian untuk bergelar suami isteri, tetapi mungkin tidak cukup kuat berjuang untuk terus mempertahankan cinta mereka.

Bagaimanapun, Atikah berharap hubungan baik antara beliau dan Awi dapat dikekalkan dan berterima kasih kepada penyanyi tersebut yang sering menjaga dan mengambil berat tentang dirinya selama ini.

Hati siapa yang tidak sedih bila sedang menghitung hari untuk menempuh hari bersejarah tetapi ditimpa dengan berita yang sungguh menyedihkan dan terpaksa untuk membatalkan impian untuk berkahwin.

Namun, itulah yang dinamakan jodoh. Semoga Atikah dan Awi tabah dengan dugaan ini.



Sumber: cempedakcheese.com