Boustead Holdings jual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang RM197 juta

KUALA LUMPUR – Boustead Hotel & Resorts Sdn Bhd, anak syarikat milik Boustead Properties Bhd, memeterai perjanjian jual beli dengan Every Room A Home Sdn Bhd, bagi melupuskan asetnya, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang dengan nilai tunai RM197 juta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Boustead Holdings Bhd berkata, pelupusan hotel berkenaan yang terletak di atas tanah berkeluasan 3,189 meter persegi di Kuala Lumpur itu termasuk operasi perniagaan membabitkan kelengkapan perabot, hiasan namun tidak termauk akaun muhibah.

Pada 19 Februari lalu, Boustead Holdings mengumumkan pihaknya bersedia untuk menjual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang pada harga RM197 juta selepas menerima tawaran daripada firma Singapura, Hotel Royal Limited.

Syarikat itu berkata, terdapat dua hotel Royale Chulan di Kuala Lumpur iaitu Royale Chulan Bukit Bintang dan Royale Chulan Kuala Lumpur, kedua-duanya amat berdekatan dan bersaing antara satu sama lain.

“Oleh itu, kumpulan memutuskan untuk mengukuh dan memberi tumpuan kepada hanya satu hotel iaitu Royale Chulan Kuala Lumpur bagi menguasai pasaran ibu negara,” kata syarikat itu.



Sumber: cempedakcheese.com