Dera: Mangsa, dua anak lelaki ada masalah mental

SUSULAN kes seorang warga emas didera dua anak kandung dan menantunya di Flat Desa Wawasan 1, Bukit Mertajam, semalam, pihak polis telah menahan ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya telah menahan dua anak kandung mangsa masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 32 dan 35 tahun serta menantu perempuannya berusia 28 tahun.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa tinggal bersama ketiga-tiga suspek di situ dan mereka menghadapi masalah kewangan sehingga sering mengalami tekanan.

Beliau berkata, mereka juga jarang makan dan keadaan mereka begitu daif daripada segala segi.

Katanya, ketika diambil keterangan mangsa mendakwa dia jatuh dan tidak dipukul oleh anaknya.

“Siasatan lanjut yang dilakukan mendapati suspek yang juga anak mangsa kurang siuman.

“Kedua-dua anak mangsa yang tinggal bersama menantu yang juga orang kekurangan upaya (OKU) berkenaan mendapat bantuan daripada pihak zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga mereka tidak bekerja dan jika kehabisan wang mereka akan mengemis.

Beliau berkata, mangsa akan dikurung dan dikunci di rumah ketika anak dan menantunya keluar mengemis di kawasan berdekatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.



Sumber: cempedakcheese.com