Everton Berazam Untuk Curi Mata Dari Liverpool


Seperti sudah menjadi sumpahan, kebanyakan penyokong pasukan lawan ingin melihat pasukan Liverpool untuk gagal menjulang trofi untuk musim ini.

Ini juga dapat dilihat apabila Everton turut berotivasi untuk merencatkan peluang Liverpool untuk mendapatkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang akan bertemu pada esok 3 March, kata pertahanan Michael.

Justeru Keane berkata merosakkan peluang pendahulu liga itu untuk memenangi liga yang kali terakhir dijulang pada musim 1989-90 pasti menggembirakan penyokong Everton.


“Ia bukan alasan utama kami mahu menang perlawanan ini. Kami mahu menang perlawanan ini untuk diri kami,” kata Keane.

“Kami turut memburu tempat ketujuh, tetapi dalam minda kami, jika kami boleh mengambil mata daripada Liverpool dan meraih kemenangan, ia akan merosakkan peluang mereka untuk menjulang kejuaraan dan ia hebat.

“Ia sepatutnya membuatkan peminat kami gembira. Kami mahu beraksi dengan baik dan mahu menang perlawanan, dan kami juga mahu peminat kami gembira. Jika itu yang mereka mahukan, jadi itulah yang kami mahu.”

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media