Gergaji tangan sendiri hingga putus demi insurans RM18,000 sebulan

Posted on Tuesday, March 12, 2019 | 3/12/2019


SEORANG gadis sanggup memotong tangannya sendiri dengan gergaji untuk membuat tuntutan insurans bagi membantu keluarganya yang berdepan dengan masalah kewangan.

Wanita berusia 21 tahun itu bertindak berani memotong pergelangan tangannya sehingga putus menggunakan gergaji bulat dalam kejadian di Ljubljana, Slovenia.

Tindakan itu dipercayai dengan bantuan ahli keluarganya adalah bagi menuntut pampasan insurans kecederaan kekal sekitar RM1.8 juta serta bayaran bulanan kira-kira RM18,000.

Bagi membolehkan dia menerima pampasan itu, wanita itu sengaja meninggalkan tangannya yang terputus di rumah sebelum dikejarkan ke hospital.

Namun rancangannya gagal apabila bahagian tangan yang terputus itu berjaya dijumpai dan prosedur mencantumkannya semula berjaya.

Polis yang sangsi dengan kenyataan wanita itu bahawa tangannya cedera ketika memotong dahan pokok kemudian menahan suspek dan empat ahli keluarganya.

Wanita itu berdepan hukuman penjara lapan tahun jika didapati bersalah.



Sumber: cempedakcheese.com
Blog, Updated at: 3/12/2019

0 comments: