Harga RON95 Kekal Pada Kadar RM2.08 dan RON97 Hadapi Kenaikan


Seperti biasa, setiap minggu pada hari Jumaat, harga runcit petrol akan dikeluarkan dan dikemaskini. Bermula pada 12 malam ini hingga 8 Mac, akan ada kenaikan bagi RON97 manakala RON95 kekal pada kadar RM2.08 seliter sebelumnya.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON97 pula naik sebanyak 5 sen iaitu daripada RM2.38 kepada RM2.43 seliter untuk tempoh sama.

"Harga diesel kekal pada paras RM2.18 seliter bagi tempoh sama berdasarkan harga pasaran sebenar Mekanisme Harga Automatik (APM) bagi minggu sebelumnya," katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengumumkan untuk menurunkan had harga minyak bago RON 95 pada kadar RM2.08 berbanding sebelum ini pada RM2.20.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media