‘Kami ditipu penganjur himpunan’ – Timbalan Menteri KDN

Posted on Wednesday, March 13, 2019 | 3/13/2019


KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendakwa penganjur Himpunan Hari Wanita Sedunia yang diadakan di ibu negara pada Sabtu lalu menipu kementerian itu.

Ujar Timbalan Menteri KDN, Datuk Mohd. Azis Jamman, pihak penganjur ternyata merahsiakan niat sebenar himpunan itu diadakan dengan melibatkan himpunan Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transeksual (LGBT).

“Saya pasti dia maksudkan notis, cuma waktu dia (pengajur) mohon tak sebut himpunan untuk LGBT, kalau dia sebut dalam permohonan notis itu (ada penglibatan) LGBT, saya pasti kementerian tak akan benarkan,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini KDN berkata, pihak berkuasa tidak mengeluarkan permit berhubung penganjuran perhimpunan menuntut hak wanita bersempena Hari Wanita Sedunia berhampiran pusat beli-belah di ibu kota itu.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan menolak keras sebarang tindakan oleh pihak yang menganjurkan himpunan tanpa permit dan melanggar Akta Himpunan Aman 2012.

“Pihak polis sudah menjalankan siasatan dan mendapati tiada permit dikeluarkan bagi perhimpunan itu. Mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan, mereka mestilah mengikut undang-undang yang ditetapkan,” katanya baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azis berkata, ternyata pengajur tidak sensitif dengan perkara yang boleh menimbulkan kacau ganggu dalam kesepaduan negara.

“Bayangkan angkat sepanduk semua, sensitiviti. Di Malaysia ada senssitiviti, kumpulan ini kena sensitif pada rakyat di Malaysia, PM pun dah sebut beberapa kali, kita di Malaysia selaku negara berbilang bangsa, Islam sehagai agama rasmi, sensitiviti khususnya pada orang Melayu untuk perkara seperti ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Sumber: cempedakcheese.com
Blog, Updated at: 3/13/2019

0 comments:

Loading...