Kerajaan PH masih mengkaji tahap keseriusan pencemaran di Pasir Gudang

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata belum tiba masanya untuk kerajaan mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang susulan kejadian pencemaran toksik di Sungai Kim Kim.

Katanya, kerajaan masih mengkaji tahap keseriusan untuk pertimbangan sebelum mengisytiharkan darurat di kawasan tersebut.

Dr Wan Azizah berkata, buat masa ini, pencemaran toksik itu masih berada di tahap negeri belum merebak ke peringkat nasional lagi, oleh itu masalah tersebut harus diperinci dan dikaji sebelum pengisytiharan darurat dibuat.

“Saya akan ke Pasir Gudang petang ini untuk melihat sendiri keadaan semasa dan bagaimana situasinya, kita akan cuba untuk menanganinya.

“Untuk isytiharkan darurat itu kita akan adakan mesyuarat terlebih dahulu dan kita akan fikirkan langkah-langkah untuk menangani masalah itu.

“Kita nak isytihar darurat, jadikan ia satu ‘panic attack’ pun tak boleh juga,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.



Sumber: cempedakcheese.com