Kumpulan bikers NZ janji kawal masjid ketika solat Jumaat esok

SERANGAN pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand ketika waktu sembahyang Jumaat minggu lalu, sehingga kini telah mengorbankan 50 nyawa manakala puluhan yang lain cedera parah.

Masyarakat dunia bangkit menyokong komuniti Muslim di negara itu kerana bersetuju bahawa tembakan rambang yang dilepaskan oleh pengganas warga Australia itu adalah sangat kejam.

Penduduk New Zealand tanpa mengira agama dan bangsa turut menyatakan solidariti mereka terhadap musibah terburuk melanda negara Kiwi tersebut.

Salah satu bentuk sokongan yang akan dilakukan adalah dengan menjaga masjid ketika masyarakat Islam ingin menunaikan solat.

Jaga masjid, lindungi Muslim di NZ

Kumpulan-kumpulan bikers tersohor New Zealand akan berkumpul esok dan bertindak menjaga masjid-masjid di New Zealand semasa umat Islam menunaikan solat Jumaat, lapor Business Insider.

Antara nama-nama kumpulan bikers yang terlibat adalah The Mongrel Mob, King Cobra dan The Black Power . Kesemua kumpulan bikers tersebut amat digeruni di New Zealand.

Mengharukan…

Wakil komuniti Islam, Dr Asad Mohsin telah menzahirkan rasa terharu dan begitu menghargai usaha yang dilakukan oleh kumpulan bikers tersebut.

Beliau amat mengalu-alukan kehadiran mereka di masjid kerana Islam merupakan agama yang terbuka untuk dipelajari.

Dr Asad Mohsin, head of the Waikato Muslim Association said he appreciated the support received from “different sections of society, different interests, and dispositions.”



Sumber: cempedakcheese.com