MIC Setuju Untuk Jalinkan Kerjasama Bersama PAS


Selepas UMNO setuju menjalinkan kerjasama bersama PAS, kini MIC juga telah bersetuju untuk bersama dan menjadi parti kompenen kedua selepas UMNO.

Ini diumumkan oleh Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang menyatakan keputusan itu dibuat bagi memperkukuhkan blok pembangkang khususnya bagi menghadapi PRK Rantau pada 13 April ini.

Bagi PAS pula, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga berkata kerjasama itu akan membawa perubahan baharu dalam politik PAS selain sebagai persediaan PRK Rantau yang bermula selepas penamaan calon pada Sabtu ini.

“PAS amat menyanjungi MIC sejak dahulu lagi. Kita percaya kerjasama ini membuka tekad baharu dalam menghadapi cabaran politik masa hadapan,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media