Orang Asli Pertama Sebagai Ahli Parlimen Angkat Sumpah di Parlimen

Posted on Tuesday, March 12, 2019 | 3/12/2019


Gambar kredit: Free Malaysia Today

PRK Cameron yang memihak pada ahli Barisan Nasional Ramli Mohd Nordan merupakan Orang Asli pertama sebagai ahli parlimen telah mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen hari ini.

Ramli yang merupakan seorang bekas pegawai polis itu juga merupakan suku kaum Semai dan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof pagi tadi.

“Majlis angkat sumpah hari ini juga adakah titik sejarah bagi Dewan Rakyat kerana buat pertama kali Ahli Parlimen dari komuniti Orang Asli di Semenanjung dipilih rakyat melalui proses yang demokratik.

“Saya harap Yang Berhormat dapat memberikan sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan negara serta dapat berkhidmat dengan cemerlang,” kata Mohamad Ariff.

Ramli menang dalam PRK Parlimen Cameron Highlands pada Januari lalu apabila mendapat 12,038 undi dengan majoriti 3,238 undi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.




Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze "Oh Media Gaming" dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming - OMG dan Instagram @ohmediagaming.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 3/12/2019

0 comments: