Pencemaran toksik: Kecekalan petugas kesihatan dan anggota keselamatan wajar dipuji

KES pencemaran bahan toksik di Pasir Gudang belum menampakkan tanda-tanda akan reda apabila jumlah mangsa yang terlibat terus meningkat dari hari ke hari.

Sehingga kini, seramai 506 orang yang kebanyakkannya terdiri daripada kanak-kanak dan pelajar sekolah sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan sembilan daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Kementerian Kesihatan turut menggerakkan enam pasukan klinik kesihatan; dua ambulans dan dua pasukan dari HSI; dua ambulans dan dua pasukan dari Hospital Sultanah Aminah; serta bantuan ambulans daripada badan bukan kerajaan untuk menangani pesakit.

Petugas kesihatan cekal bantu pesakit

Menerusi perkongsian gambar di Twitter, dapat dilihat kecekalan para petugas menghulurkan bantuan walaupun mereka terpaksa mengorban waktu rehat sehingga ada yang terpaksa mencuri masa untuk mengisi perut.

Gambar-gambar tersebut memaparkan pengorbanan para petugas dalam malaksanakan tanggungjawab mereka demi berbakti kepada masyarakat.

Tak peduli penat, masih komited jalan tugas

Malah anggota penyelamat yang terdiri daripada pasukan bomba dan polis juga dilihat masih menjalankan tugas dengan komited bagi membantu mangsa yang terlibat.

Pencemaran yang masuk hari ketujuh itu masih dalam keadaan membahayakan, meskipun kesihatan mereka juga terancam namun ia tidak mematahkan semangat para petugas.

Syabas kami ucapkan kepada kesemua pasukan kesihatan dan anggota keselamatan yang terlibat kerana jasamu ramai nyawa yang berjaya diselamatkan.



Sumber: cempedakcheese.com