Penjawat awam tertekan, ada yang miliki kad psikiatri – Cuepacs

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendedahkan ada penjawat awam terlalu tertekan dengan kerja sehingga mengalami gangguan mental bahkan ada yang diberikan kad psikiatri.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, 25 peratus hingga 30 peratus penjawat awam mengalami tekanan dan trend tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda pengurangan sejak beberapa tahun lepas.

Menurutnya, kos sara hidup dan tekanan semasa bekerja dilihat menjadi antara faktor utama menyebabkan penjawat awam terus dibelenggu tekanan.

“Tekanan kerja ini akibatnya menyebabkan mereka diklasifikasikan sebagai pesakit psikiatri. Mula-mula mereka kelihatan baik sebelum berlaku kemurungan dan akhirnya sampai tidak boleh bercakap.

“Mengikut data terkini sehingga 2019 dari Indeks Kesejahteraan Pekerja, trend tersebut tidak berkurang. Semua peringkat terkesan baik dari peringkat bawah hingga peringkat atasan.

“Ada lebih 700 agensi, semua sektor ada pekerja tertekan. Guru, yang bekerja di hospital pun sama malah ada yang runtuh rumah tangga akibat tekanan sebegini,” katanya dalam sidang media di Pejabat Cuepacs, di sini, pagi tadi.

AKAN MENYUSUL



Sumber: cempedakcheese.com