Pihak Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Kenyataan Menteri Kewangan


Berhubung dengan kenyataan dari Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang sebelum ini telah menyifatkan kerjasama antara UMNO dan PAS sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ terhadap masyarakat bukan Melayu dan diubah pula frasa ‘pengisytiharan perang’ kepada ‘menyasarkan’, telah mencetuskan kemarahan ramai orang.

Walaubagaimanapun, hari ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun telah menyatakan bahawa pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu yang dilihat mempunyai unsur hasutan.

“Kita menerima sebanyak 58 laporan polis di seluruh negara berhubung kes itu dan ia akan disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan,” katanya.

Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan merujuk kepada kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.


Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media