PRK Semenyih: BN mendahului PH dengan majoriti 2,222 undi

KUALA LUMPUR – Keputusan kiraan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sehingga jam 7.42 malam menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi selesa mendahului calon lain dengan kelebihan majoriti 2,222 undi.

Setakat ini Zakaria yang turut disokong oleh PAS memperolehi 16,636 undi, diekori calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali dengan 14,414 undi.

Dua calon lain, Nik Aziz Afiq Abdul dari PSM dan Kuan Chee Heng (BEBAS) masing-masing hanya mendapat 673 dan 601 undi.

Pada PRU14 yang lalu, DUN Semenyih calon PH (PPBM) memperolehi undi tertinggi 23,428 undi dan menang dengan majoriti 8,964 undi menewaskan calon BN yang mendapat 14,464 undi, calon PAS, 6,966 dan PSM 1,293 undi. – SuaraTV



Sumber: cempedakcheese.com